Thursday, December 30, 2010

Sinopsis Cinta 501

kisah ini bermula apabila seorang mahasiswa yang lurus dan jujur, Adi yang sedang menuntut di sebuah IPTA jatuh hati pada seorang gadis sosial bernama Rosa. Adi yang belum pernah dilayan sebegitu rupa oleh mana-mana gadis dalam riwayat hidupnya menjadi angau, lupa segala disekililing akibat gigitan cinta. Gelora cintanya yang mendalam pada gadis bandar ini membuatkan Adi sanggup melakukan apa sahaja, berkorban segalanya sehinggakan membelakangkan keluarganya sendiri. Sejauh manakah cinta dan pengorbanan Adi pada Rosa? Ikutilah novel Cinta 501 ini seterusnya....

No comments:

Post a Comment